Sunday, May 10, 2009

Oh Ibu = Oh Ummi




Salam berblog kembali. Setelah merehatkan diri dari berblogggggg hari ini tercetus di minda, terlintas di hati seingat daku pada ummi yang berada di rumah. Hujung2 minggu, biasalah menghadap kerja-kerja rumah yang menimbun. Setelah berpenat lelah bekerja pagi ke petang menampung nafkah keluarga bersama ayah. Yang lebih memilukan, terkenang pula semasa melalui detik2 manis menjadi bakal ibu. Betapa lelah dan penat menerajui hari-hari mendatang bersama nota kuliah, kerja-kerja tugasan, dan kajian ilmiah yang masih belum selesai. Semakin hampir menutup nota ijazah sarjana muda ini semakin getir cabaran hidup yang dihadapi dari hari ke hari. Seketika terlintas rasa putus asa. Namun teringatkan ummi di kg halaman. Teman memberi semangat dan motivasi untuk terus berjaya. katanya : " Beri fokus yang tinggi kepada pelajaran". Ada lagi yang lebih penting namun fokus untuk belajar terus bertahan di tempat pertama.:15:

Melangkah dengan perlahan menuju ke destinasi biar lambat asal selamat. Rahmat sentiasa dekat dengan hambaNya yang bersabar. Selalu sahaja nasib ku baik. ALHAMDULILLAH. Rakan setugas sudah pun 8-10 kali bertemu dengan penyelia untuk menyiapkan draf tesis dan merapatkan baris-baris code projek. Aku? hehe. . . Takpe . . . Cuba tangga jaya.

Ummi tak lepas2 membantu walaupun usia ini makin tua. Semua nya betul. Kalau yang salah cepat2 dia menegaskan bahawa salah tetap salah. Kadangkala bila di fikirkan ummi sedang memupuk semangat baru dalam diri. Tegas dalam berpendirian, sentiasa maju ke hadapan dan 'jangan pandang belakang'.:003:

hehe. . . :17:.

Puisi buat UMMI
sekian lama kulakar
di kanvas minda

mengadunkan taman kasih
berlatarkan awan luhur yang putih

Puisi buat
UMMI
pohon kasihmu
kuwarnakan hijau ketaatan
buah sayangmu
kucalitkan merah ketabahan
bunga jerihmu
kubaurkan pelangi keluhuran

namun,
walau kulukis hamparan syurga

hanya titisan dari selaut
pengorbanan bonda...
ampuni dosaku UMMI
andai aku pergi
doakan daku syahid
diJalanNya. . .


Selamat HARI UMMI. ILOVEU!

1 comment:

MoHFiR - Mohd Firdaus said...

aku x sabar nak jadi uncle mohfir ni... hehehe!! jaga diri leklok!!

Tazkiyatunnafs

"Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU
(Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)
“Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,?.Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan kerana-Mu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku?
"Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu?lt;/font>
(Munajat sufi Rabiatul Adawiyah)