Thursday, December 18, 2008

Majlis Perkahwinan ehya




Buat yang menanti gambar perkahwinan ana. sekadar ini dapat ana persembahkan dahulu kerana ana sedang menjalani rawatan di hospital. Masih lagi kurang sihat dan insyallah doakan ana dapat teruskan satu semester di UKM :)

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang yang hadir dan take part dalam majlis. Maaf yang terlebih dan terkurang. Rasa bertambah sayang ana pada sahabat-sahabat yang banyak memberi support, secara langsung dan tidak langsung. buat yang tak dapat hadir ana tak kecil hati dan faham. ana pun tak sempat nak follow up sahabat2 sebab ana kurang sihat dan berada di wad selama 4 hari sebelum berkahwin. Alhamdulillah di setiap peringkat kehidupan manusia akan berhadapan dengan ujian bagi membuktikan keimanan. Ujian didalam melakukan ibadah jauh lebih hebat dan kadangkala membuatkan sesorang itu mudah mengalah dan berputus asa, kufur nikmat dan sebagai nya. Namun ingatlah dari setiap ujian yang Allah berikan kepada manusia adalah berdasarkan kemampuan manusia itu juga. Inilah takdir kita. Moga segalanya didalam rahmat dan kasih sayang Allah.


salam terima kasih
Fadhilatul Ahya & Azarol

Tazkiyatunnafs

"Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU
(Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)
“Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,?.Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan kerana-Mu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku?
"Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu?lt;/font>
(Munajat sufi Rabiatul Adawiyah)