Friday, September 24, 2010

Nuim dapat adik baru


MUHAMMAD NAUFAL
9.9.10
3.8kg
52cm

ABANG NUIM aka ALONG
setahun
pandai main bola sepak
Sebut ALLAH
rajin baca buku
menulis
pandai amik ati
hehe paling comel dihatiku

ALHAMDULILLAH, wa syukrulillah. Dalam kesibukan menyambut lebaran hari kemenangan, Muhammad Naufal B Azarol selamat dilahirkan di HB Ipoh. Hehe sakit yang tertanggung di petang ramadhan terakhir mengundang orang baru untuk dibayarkan Fitrahnyee aidilfitri tahun ini. Alhamdulillah.. Nuim dapat adik baru. Terima kasih semua.

Wednesday, August 4, 2010

sicomel sudah setahun. pandai berlari





Last time at kedah... kini tinggal kenangan... hehe.. kami dah pindah perak. jgan jeles...

Monday, March 22, 2010

Abah cemburu nuim naik cable car


Muhammad Nuim berusia 7 bulan kini. gambar ni diambil ketika usianya 5 bulan, bulat tak mcm mak dia? hehe





Nuim dah naik cable car. Abah jeles. Nuim kecik2 dah naik cable car.
Tapi muka dia ngantuk je.. sbb dia tak faham ape3 pun; be good boy k.

Tahniah gie

Walimah

Najiah Abdul Rahman dan Hanif Ramli..




Tahniah buat sahabat ku gie. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Terima kasih diatas perkenalan singkat ini yang membuatkan kita bertaut iman dan taqwa kepada Ilahi. Semoga Gie kuat semangat dan matang dalam menilai didalam menilai dan menterjemah isi kandungan hidup ini. Bila dah menimang cahaya mata jangan lupa bg tau. hehe. Sedih juga tak sampai ke Terengganu pada 13/3 lepas. Bukan tak nak tapi Allah menentukan segalanya. Sampai masa bersua lagi.

Buat sahabat2 yang tak sampai sama dengan saya hehe tataplah wajah sahabat kita yang cute ni. bertambah la cute dalam pakaian pengantin dan disamping suaminya yang tercinta.

Marilah kita doakan gie aman tenteram bahagia disamping perjuangan Islam.

Tazkiyatunnafs

"Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU
(Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)
“Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,?.Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan kerana-Mu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku?
"Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu?lt;/font>
(Munajat sufi Rabiatul Adawiyah)