Saturday, September 12, 2009

MUHAMMAD NUIM



Wajah kecil molek, bau yang harum, suci dirimu sesuci lebaran yang makin menghampiri kita, dirimu sentiasa menjadi penenang hati ummi dan abah. Menceriakan rukun rumah tangga kami. Abah tak sampai hati nak tinggalkan Nuim utk balik ke Kedah. baru sehari bersama Muhammad Nuim. Tidak lekang mata abah untuk Nuim hari itu. Menunggu Tok Guru Hadi Awang President PAS untuk mentahnik Nuim. Sesekali Nuim di buai dalam dakapan abah. Pasti hari ke 18 ini Nuim merindui buai-buai abah. Tapi abah kene bekerja untuk kita. 8 hari di wad scn Kulim menyiksa perasaan ummi. melihat Nuim didalam katil kaca. Ummi tahu Nuim sihat. Ummi nak Nuim keluar hospital nanti pun sihat juga AMIN. Saat diberitahu yang Nuim boleh keluar wad hati ummi melonjak gembira. Boleh ummi peluk Nuim selalu.

Nuim anakku
jadilah anak yang soleh
mentaati Allah
mentaati Ummi dan Abah
penuhi dada mu dengan ilmu yang berguna
iman dan taqwa kepada ALLAH
berusaha bersungguh-sungguh menempuhi
kehidupan yang penuh mencabar ini
sentiasalah mencari redho Ilahi
dalam setiap perkara
jadilah pejuang islam
jadilah kebanggan ummi dan abah
sabar dan redholah dengan ketentuanNya
kuatkan semangatmu
semoga Muhammad Nuim
sihat dan ceria selalu
AMIN

Tazkiyatunnafs

"Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU
(Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)
“Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,?.Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan kerana-Mu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku?
"Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu?lt;/font>
(Munajat sufi Rabiatul Adawiyah)