Monday, March 22, 2010

Tahniah gie

Walimah

Najiah Abdul Rahman dan Hanif Ramli..




Tahniah buat sahabat ku gie. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Terima kasih diatas perkenalan singkat ini yang membuatkan kita bertaut iman dan taqwa kepada Ilahi. Semoga Gie kuat semangat dan matang dalam menilai didalam menilai dan menterjemah isi kandungan hidup ini. Bila dah menimang cahaya mata jangan lupa bg tau. hehe. Sedih juga tak sampai ke Terengganu pada 13/3 lepas. Bukan tak nak tapi Allah menentukan segalanya. Sampai masa bersua lagi.

Buat sahabat2 yang tak sampai sama dengan saya hehe tataplah wajah sahabat kita yang cute ni. bertambah la cute dalam pakaian pengantin dan disamping suaminya yang tercinta.

Marilah kita doakan gie aman tenteram bahagia disamping perjuangan Islam.

No comments:

Tazkiyatunnafs

"Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU
(Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)
“Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,?.Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan kerana-Mu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku?
"Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu?lt;/font>
(Munajat sufi Rabiatul Adawiyah)