Semua pemilik dan penulis dalam ruangan blog umum di Internet, terikat dengan undang-undang termasuk di bawah Akta Hak Cipta 1987. Penulis blog bebas, Anisah Haron yang juga bekas peguam berkata, hanya penulis blog peribadi tidak terikat dengan undang-undang sedia ada.
“Menulis di blog sama sifatnya dengan menulis di mana-mana medium sekalipun. Yang berbeza hanyalah tempat tulisan tersebut disiarkan. “Semua bentuk tulisan yang diterbitkan (boleh dibaca umum) dan bukan bersifat peribadi (seperti diari) masih tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987, Akta Hasutan 1948 dan undang-undang lain yang berkaitan,” ujarnya.
Katanya, walaupun blog boleh diterbitkan sepantas kilat dengan hanya menekan satu butang, itu tidak bermakna blog dan laman web terlepas daripada lingkungan undang-undang.
Beliau berkata demikian semasa menjadi ahli panel sidang 1 bertajuk Cabaran dan Harapan Generasi Baru Malaysia ‘Dunia Siber: Fakta atau Fitnah’ sempena Konvensyen Belia Kebangsaan 2008, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dua lagi ahli panel ialah Presiden Majlis Belia Asia (AYC), Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan Pensyarah Jabatan Sains dan Politik Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Marzuki Mohamad. Menyentuh dunia siber, Anisah berkata, media itu wajar dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan sesekali dijadikan ruang untuk bersuka-suka atau tepat menyebarkan sebarang benda yang tidak bertanggungjawab.
Beliau yang juga penulis blog berkata, kajiannya mendapati terdapat dua waktu puncak alam siber dilayari setiap hari iaitu waktu pejabat dan selepas waktu bekerja. “Masa paling aktif masyarakat kita melayari laman blog ialah waktu pejabat iaitu dari pukul 10 pagi hingga 4 petang dan mulai 8 malam hingga 12 tengah malam. Waktu cuti umum pula jumlah pelawat blog begitu berkurangan.
“Mungkinkah mereka yang menggunakan Internet waktu pejabat itu menggunakan kemudahan di pejabatnya sendiri?,” ujarnya.
sumber : Majlis Belia Malaysia

1 comment:
waaaaa... dah mula menulis semula selepas 4 bulan x menulis!! Anyway gud luck kat ko untuk exam ni. Take care!!
Post a Comment