Friday, October 9, 2009
Cukur Jambul
IPOH (26.9.09): Anjuran mencukur rambut bayi sempena majlis akikah mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan.
Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.
Ayahnda telah mengadakan kenduri cukur rambut cucu lelakinya putera kesayangan ummi Mouhammad Nuim, sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya daripada Samrah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Bayi itu tergadai (tergantung) oleh akikahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya."
Ustaz Abu Bakar Hussain yang diberikan penghormatan untuk menyempurnakan majlis bercukur tersebut.
Ayahnda Nuim yang berkaca mata sama mcm ummi nye. memerhati sambil mendengar tazkirah yang diberikan oleh ustaz.
Subscribe to:
Posts (Atom)