Tuesday, January 22, 2013

DIAM TIDAK SEMESTINYA SETUJU

Salam kepada sahabat pembaca blog saya yang dah lama saya tak update. Hari ini bukan nak update pasal blogcode atau up design baru tapi sy nak berkongsi pendapat saya tentang DIAM.

Dalam banyak perkara "DIAM" sering terjadi.

Anak kecil saya pada awalnya apabila sy masukkan kedalam walker untuk memudahkannya bergerak kesana kemari dan tak perlu saya pegang dan beri 100% perhatian AsYIK menangis. TAK NAK agaknya dalam hatinye. Lama-kelamaan dia diam sahaja dan terpaksa redha dengan kemahuan sy yang ingin dia berdikari dengan cara itu. Banyak lagi kaedah untuk mengajar anak berjalan WALKER adalah salah satu sahaja daripada method yang ada, ada yang menggunakan kayu yang dipacak kebumi dan diletakkan buluh dan pemegangnya pusing keliling kanak-kanak itu dia atas embun. Orang tua2 kata kalaubagi anak kecil berjalan diatas embun cepat budak berjalan. IKUT sahaja sikecil itu dipaksa berjalan. Dalam isu pendidikan banyaknya LISteN dari menyuarakan mungkin ini method yng digunakan utk pengajaran dan pembelajaran. STUDENT LISTEN.

Ada yang terdiam dengan kata-kata guru, " eh, mak aku ajar mcm lain je " mana yang betul ni? cikgu ke mak aku? alahai just listen. Pembelajaran perlu ada fakta, nAs atau hujjah yang kukuh. Mana datangnya? OH org dulu-dulu kata begitu kita kena pengang? mak aih boleh ke? ye la.... TEGAs... org dulu ikut elok je....

KARUT... what? why? when? who? persoalan-persoalan??? kenapa kene ikut cakap orang? kita pun ada AKAI... PAKAI... jangan tak pakai. belajar tinggi takkan nak ikut org cakap je? yeee belajar kene bayar.... dah la mahai tapi akai tak pakai. grr... pls la sekarang guna perkataan ---- READ!! READ!! Read!! rather then LISTEN!! LISTEN!! LISTEN!! walaupun akal membaca gambar atau video ia tetap bacaan minda.

Kita belajar dari orang zaman dulu tapi kene ada penguat hujjah fakta, dalil dan nas.

Kebanyakan rakan saya di universiti yang diam bila kita kemukakan persoalan politik dan pemerintahan yang ada, ramai yang DIAM dan malas nak mengulas tentangnya.. ye bukan berdosa pun kalau tak ulas. tapi saya tertanya-tanya mengapa mereka DIAM... bila ada seorang rakan datang dalam group discussion masa di cafe fakulti selepas pilihanraya umum 2008 bertanya pada saya. Eh kelantan kuala krai menang ke BN dop? YE. sebab kawasan tu ada lebuhraya tak siap. Bn kata akan siapkan dah masuk dalam RMK yang lama dan  RMK baru ada lagi usul tu... tak siap dan akan tak siap juga nanti. MUKA aku ada muka saya ada mcm muka orang PKR ke? haha.. thiqah tu ada la... kahkahkah... tapi yang aku selut mamat tu pendiriannya jelas. Siapa yang memimpin biar adil.

Walaupun pembacaan saya sikit tapi saya terus ingin membaca. JOM< google

Friday, January 11, 2013

BLOG SAYA KENE BLOCK

GARA-GARA SY MENGOPI PASTE ARTIKEL PAKATAN TENTANG ISU PTPTN BLOG SAYA KENE BLOCK...

Tazkiyatunnafs

"Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU
(Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)
“Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,?.Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan kerana-Mu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku?
"Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu?lt;/font>
(Munajat sufi Rabiatul Adawiyah)